Saturday 1 December 2012

Tahap Kehilangan Pendengaran

Tahap ukuran kehilangan pendengaran

Pendengaran diukur pada tahap kebolehan seseorang  mendengar nada nada bunyi dan bunyi paling perlahan   yang boleh didengar, nada bunti dukur dengan hertz dan kekuatan bunyi diukur dengan desible.
berikut adalah carta yang menunjukkkan desible yang dihasilkan oleh sumber bunyi yang lazim.



Tahap kehilangan pendengaran yang digunakan di Malaysia adalah mengikut ukuran kehilangan pendengaran yang digunakan oleh Jabatan Audiologi dan Sains Pertuturan, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia(HUKM). 

Hilang pendengaran terbahagi kepada beberapa tahap. Bagi orang normal, ambang pendengaran normal adalah dari 10-20 dB (dB itu desibel- ukuran bagi kekuatan bunyi)
20 dB kebawah - Biasa
- Masih boleh mendengar semua bunyi.

21 -45 dB - Ringan
- Kesukaran untuk mendengar bunyi yang perlahan atau telalu jauh

46 -70 dB - Serdehana
- Boleh mendengar dalam lingkungan 1 hingga 1.5 meter
- Perlu bercakap dengan suara yang kuat apabila hendak berhubung dengannya.
- Pertuturan tidak sempurna keran pengalam mereka mendengar adalah terhad.

71 - 90 dB - Teruk(severe)
- Tidak boleh mendengar pertuturan yang normal
- Boleh  mendengar bunyi yang kuat sahaja.
- Mereka menghadapai masalah pertuturan yang teruk.

91 keatas - Sangat Teruk(Profound)
- Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat.
- Masalah pertuturan dan sukar berinteraksi secara lisan

Bunyi pertuturan orang normal berada pada tahap 20-40dB, maka bagi mereka yang hanya hilang pendengaran tahap ringan, masih boleh bertutur dengan jelas.

Friday 30 November 2012

Apa itu Bahasa Isyarat??

Bahasa Isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan, badan dan bibir untuk meyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seorang penutur.

Bahasa Isyarat merupakan bahasa yang tidak menggunakan pola bunyi, sebaliknya menggunakan pola isyarat dihantar (komunikasi) manual, bahasa badan) untuk memberi makna serentak dengan gabungan bentuk tangan, orentasi dan pergerakan tangan, lengan, atau badan, raut muka untuk menggambarkan dengan licin pemikiran penutur.



Bahasa Isyarat Malaysia(BMI)
Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) ialah bahasa yang tulen bagi orang kehilangan pendengaran di Malaysia. Ia merupakan bahasa ibunda dan bahasa isyarat istimewa bagi Orang Pekak Malaysia.
Pada awalnya mereka menggunakan ASL(American Sign Language), kemudian telah diadaptasi agar sesuai digunakan di Malaysia.
Bahasa Isyarat Malaysia mempunyai tatabahasa yang tersendiri yang mana ianya lebih menjurus kepada apa yang boleh dilihat oleh orang pekak itu sendiri. Tidak dinafikan bahawa BIM ini tidak sesuai dalam proses pembelajaran dan pengajaran bahasa samada bahasa inggeris mahupun bahasa melayu. Walaubagaimanpun, penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia amat berguna untuk memudahkan pemahan orang pekak.

Kod Tangan Bahasa Melayu(KTBM)
Kod Tangan Bahasa Melayu merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya terjemahaan daripada lisan(suara) kepada visual(tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu. KTBM ini tidak memberi kesan yang baik dan melambatkan lagi komunikasi antara orang pekak. Mereka juga tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik bahkan tidak dapat memberi gambaran dan maksud orang pekak.Apabila KTBM digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM.


Kelebihan berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat

- Dapat mengelakkan risiko kelambatan perkembangan bahasa bagi kanak-kanak pekak dan bisu.
Masalah utama kanak-kanak masalah pendengaran ialah perkembamgan proses menguasai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi.

- Dapat mengembangkan keupayaan mental.
Kajian membuktikan bahawa penggunaan bahasa isyarat dan oranga yang mengalami masalah kehilangan pendengaranadalah lebih hebat perkembanagn dan memanipulasi mental.

- Bahasa Isyarat banyak memberi sumbangan kepada perkembangan bayi.
Antaranya mereka kurang mengalami tekanan dan dapat mengekspresikan perasaan dan kehendak mereka dengan menggunakan bahasa isyarat ketika mereka tidak tahu bercakap.

- Dapat menguasai kebolehan membaca dengan cepat.
Bagi bayi yang diajar beberapa simbol bahasa isyarat yang mudah, bukan sahaja cepat bercakap tetapi juga dapat menguasai kebolehan membaca dengan cepat.


Kelemahan berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat

- Pelbagai jenis bahasa isyarat yang digunakan individu bermasalah pendengaran.
kepelbagaiaan ini disebabkan oleh latar belakang individu dan budaya persekitaran kehidupan mereka.Disebabkan keadaan sediemikian, isyarat-isyarat yang dihasilkanberbeza antara seseorang penutur dengan penutur yang lain

- Mempelajari bahasa isyarat memerlukan tenaga pengajar yang mahir.
Di Malaysia, untuk menjadi tenaga pengajar dalam bidanga bahasa isyarat, perlu menjalani latihan khas atau ahli keluarga yang mengalami masalah pendengan dan bisu.

- Penggunaan bahasa isyarat juga mempunyai kelancaran berkomunikasi yang terbatas.
Komunikasi menggunakan percakapan normal iaitu dengan menggunakan suara berbanding dengan bahasa isyarat mempunyai batasan kelancaran untuk berkomunikasi dari segi kepantasan dan penerimaan maksud yang ingin disampaikan.

- Halangan utama murid masalah pendengaran ialah untuk berkomunikasi dengan orang lain dalam masyarakat kerana mereka menggunakan isyarat tangan.
Tidak ramai yang dapat memahami simbol-simbol yang digunakan dan komunikasi yang terhad ini menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran berbahasa. Seterusnya memberi kesan terhadap pencapaian akademik dikalangan murid-murid masalah pendengaran.

- Menggunakan bahasa isyarat sebagai madium untuk berkomunikasi amat sukar menulis atau menghasilkan sesebuah karangan.
Mereka tidak dapat menyatakan idea dalam struktur nahu ayat bahasa melayu, sedangkan semasa perbincangan mereka dapat menyatakan idea dalam bahasa isyarat.

- Semasa mereka berkomunikasi, mereka tidak mementingkan unsur-unsur seperti imbuhan dan 'tenses'.
seringkali ayat-ayat yang digunakan semasa bertutur akan diturunkan dalam bentuk ayat semasa membuat penulisan. Hal ini menyebabkan ayat-ayat yang dihasilkan oleh mereka tidak menepati struktur dan tatabahasa Baasa Inggeris.

- Ayat-ayat kiasan adalah sukar untuk difahami oleh kanak-kanak masalah pendengaran.
Ini kerena isyarat mereka tidak dapat membantu pemahaman ayat-ayat tersebut
Contohnya : ayat kiasan 'i ran like the wind'

Keseluruhanya, bahasa isyarat amat penting ukepada individu masalah pendengaran atau bisu. Ini kerana bahasa isyarat ialah alat atau bahasa yang dapat membantu mereka untuk berkomunikasi. n

Bahasa Isyarat Amerika("American Sign Language") (ASL)

http://www.mysmarthands.com










Wednesday 28 November 2012

Jenis-jenis kehilangan pendengaran dan puncanya

Bagaimana kita mendengar

Telinga kita terbahagi kepada 3 bahagian. Antaranya ialah

1. Telinga bahagian luar
- bahagian yang dapat kita lihat
- bahagian ini terpisah antara telinga bahagian tengah oleh gegendang telinga
- suara masuk kedalam lubang telinga dan menuju gegendang telinga yang bergerak merespon suara

2. Telinga bahagian tengah.
- terletak dalam sebuah rongga-rongga kecil pada dasar tengkorak.
- terdapat 3 tulang  yang bergerak oleh gegendang telinga untuk merespon gelombang suara.
- ketiga tulang ini membawa getaran ke telinga bahagian dalam.

3. Telinga bahagian dalam.
- selaput telinga mengubah getaran-getaran mekanis yang dibawa oleh tulang dari telinga bahagian tengah untuk dikirim oleh saraf ke otak


 Anatomi telinga


Terdapat 3jenis Masalah Pendengaran

1. Masalah Pendengaran Konduktif
2. Masalah Pendengaran Sensori  Neural
3. Masalah Pendengaran Bercampur.


Masalah Pendengaran Konduktif 
- berlaku akibat wujud dari gangguan/ kerosakan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah
- telinga dalam masih berfungsi
- tahap masalah pendengaran dalam kategori biasa (kurang 20dB), ringan (21-45dB) dan sederhana (46-69dB).


Ciri kanak-kanak masalah pendengaran konduktif
- boleh mendengar sebahagian bunyi pertuturan yang orang lain tuturkan.
- mendengar suara mereka sendiri dan suara orang lain melalui tulang (bone conduction)
- menunjukkan perbezaan yang ketara dalam ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara.


Punca masalah pendengaran konduktif
- Halangan di dalam saluran telinga luar akibat daripada pengumpulan tahi telinga(serumin) yang terlalu banyak atau sekatan benda asing.
- Kemalangan yang menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga akibat daripada tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan atau jolokan benda tajam atau keras pada gegendang.
- Ketumbuhan tetulang halus (otosklerosis) pada stapes (struktur di bahagian telinga tengah). Kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya ketumbuhan tetulang disekelilingnya.


Masalah Pendengaran Sensori Neural
- kerosakan yang berlaku di bahagian telinga dalam dan saraf pendengaran.
- kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak

Ciri-ciri kanak-kanak masalah pendengaran sensori neural
- tidak boleh mendengar bunyi pertuturan langsung.- mereka hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja.
- kerap hasilkan nada suara yang tinggi dan bunyi-bunyi pertuturan yang tidak difahami.
- menunjukkan banyak perbezaan antara ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara.

Punca masalah pendengaran sensori neural
  • Sebelum lahir
- berlaku jangkitan kepada janin semasa lahir
- jangkitan virus atau bakteria cth: ibu menghidap penyakit rubella semasa 3 bulan pertama mengandung.
- jangkitan virus oleh penyakit kelamin seperti herpes simplex, gonorhea dan siplis yang dialami oleh ibu atau bapa.
- kesan pengambilan dadah seperti alkohol, kafein, aspirin, kortison, kuinin dan trankuiliser dan ubat-ubatan tertentu.

  • Semasa lahir
- bayi lahir tidak cukup bulan atau kurang berat lbadan
- bayi mengalami anoksia(kekurangan oksigen)
- bayi menghidap jaundis

  • Selepas kelahiran
- kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan koklea
- meningitis ( demam yang teruk disebabkan oleh selaput yanh meliputi otak dan saraf tunjang,.
- bunyi bising yang sangat kuat dan berterusan.
- pengambilan bahan ototoxic atau bahan beracun seperti streptomycin, neomycin dan kanamycin.
- presbyacusis iaitu kehilangan pendengaran disebabkan faktor ketuaan.
- penyakit Meniere iaitu berlaku disebabkan kesan vertigo( pening yang teruk), tinnitus( bunyi desingan berterusan) dan kesan pendengaran yang terus berkurangan.


Masalah Pendengaran Bercampur
- melibatkan masalah pendengaran konduktif dan masalah pendengaran sensori neural.
- mengalami masalah pendengaran yang sangat teruk dan tergolong sebagai kanak-kanak masalah pendengaran yang menerima pendidikan di sekolah pendidikan khas.


Ciri-ciri kanak-kanak masalah pendengaran
-mengalami kehilangan pendengaran yamg sangat teruk- tidak dapat mendengar bunyi pertuturan biasa.
- hanya dapat mengesan bunyi yang sangat kuat.
- tidak menunjukkan perbezaan yang ketara antara ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara.


Punca masalah bercampur
-misalnya masalah otosklerosis yang menjadi punca masalah pendengaran konduktif. Pada awalnya ia menjadi kehilangan pendengaran yang sedikit tetapi ianya boleh menjadi semakin teruk dan akhirnya ia merebak ke bahagian telingan dalam. Akhirnya menyebabkan masalah pendengaran konduktif akan menajadi masalah pendengaran bercampur.

Monday 26 November 2012

Kenali Kanak-Kanak Masalah Pendengaran

       Bagaimana untuk memgetahui sekiranya mereka mempunyai masalah pendengaran..?? Kelazimamnya, seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pendengaran akan bertindak balas terhadap bunyi yang perlahan dan boleh mendengar percakapan dengan jelas(Clark, 1999) manakala kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan bertindak balas mengikut tahap keseriusan kehilangan pendengan yang mereka alami.
     
Berikut merupakan ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran :

  • Kurang memberi perhatian
#Biasanya kanak-kanak ini tidak terkejut dengan bunyi yang kuat
#Mereka mungkin juga tidak mengalihkan pandangan ke arah sumber bunyi
#Tidak cuba meniru atau bertindak balas pada bunyi yang didengar pada usia 12 bulan.
  • Sukar mengikuti arahan
#Kanak-kanak ini sukar mengikuti arahan lisan.
#Sukar memahami arahan yang mudah.
#Mereka akan lebih kerap bertanya dan meminta supaya arahan diulang atau tidak memberi perhatian kepada arahan atau pertanyaan guru.
  • Kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan.
#Mereka seringkali cuba mengelakkan diri daripada melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini kerana mereka merasakan kehadiran mereka didalam kumpulan tersebut adalah sia-sia
#menyebabkan mereka gagal mendengar dan memahami apa yang dibincangkan.
  • Topik yang berlainan 
#Ada kalanya mereka akan cuba menyampuk perbualan yang sedang berlansung, namun mereka akan memperkatakan sesuatu diluar topik perbincangan yang disebabkan ketidakupayaan mendengar yang mereka alami.
  • Suka berangan 
#kanak-kanak yang tidak berupaya akan sering berangan-angan didalam kelas serta kurang menumpukan perhatian terhadap sesuatu, misalnya tidak memberi tumpuan didalam kelas.

  • Memerlukan bantuan daripada rakan-rakan 
#mereka lebih cenderung melengahkan tugasan yang diberi, memerhatikan dan seterusnya meniru tingkah laku rakan-rakannya kerana gagal mendengar arahan guru
#biasanya mereka lebih suka mendiamkan diri kerana kesukaran memahami apa yang disampaikan atau diperkatakan.
  • Ciri percakapan yang janggal
#mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul seperti kanak-kanak lain.
#kadangkala sebutan mereka tidak dapat difahami 
#kebanyakan bunyi konsonan dalam perkataan ditinggalkan dan pertuturan mengandungi bunyi-bunyi vokal sahaja
#contohnya: 'saya' disebut 'aya'
  • Personaliti
#mereka seringkali dilabel sebagai kanak-kanak degil kerana tidak mendengar kata, malas membuat tugasan atau digelas budak nakal kerana mereka inginkan perhatian.
#Ini berlaku disebabkan kesukaran yang dialami untuk memahami arahan lisan yang diberikan memyebabkan mereka lebih suka membuat hal mereka sendiri dan dilabel degil oleh guru.

  • Masalah kesihatan
#kanak-kanak ini sering mengadu mengalami masalah kesihatan seperti sakit telinga, selsema, sakit tekak dan tonsilitis
#masalah dan gangguna kesihatan ini biasanya berkaitan dengan pendengaran.



Wednesday 21 November 2012

Siapakah Kanak-Kanak Masalah Pendengaran.??


  • Pengenalan

Masalah pendengaran adalah melibatkan ketikupayaan untuk mendengar. Masalah pendengaran merupakan satu masalah yang kerap dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Masalah pendengaran ini boleh berlaku oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Oleh itu, pengetahuan mengenai telinga adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah telinga.


  • Definisi Masalah Pendengaran 

Aspek fisiologi
# Seseorang yang pekak(deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90dB atau lebih
# Seseorang yang separa pekak(hard of hearing) mengalami pendengaran yang kurang daripada 90dB

Aspek pendidikan
Seseorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran
# Seseorang yang separa pekak yang mempunyai pendengaran sisa yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran.


Penyataan berikut memberikan banyak definisi-definisi am untuk membezakan antara istilah cacat pendengaran dengan pekak

Pekak secara kebetulan(Adventitious Deafness)
Sejenis kepekakan yang berlaku pada bila-bila masa dalam hidup mungkin berlaku secara perlahan-lahan atau kehilangan pendengaran secara tiba-tiba.

Hilang pendengaran (Conduction Hearing Loss, Impairment)
Berlaku apabila gelombang bunyi tidak boleh dihantar melalui telinga luar kerana ada sesuatu yang menyekat liang telinga(auditory canal) atau ketiadaan langsung saluran pendengaran(congnital atresia) atau berlaku halangan pada telinga tengah kerana otitis media(kumpulan cairan yang menghalang saluran eustachia). Hilang pendengaran seperti ini selalunya bersifat sementara.

Kepekakan Kongenital (Congenital Deafness)
Istilah am yang digunakan untuk mana-mana faktor yang menyebabkan seseorang itu dilahirkan pekak.

Kurang Pendengaran (Hard of Hearing)
situasi yang berlaku apabila deria dengar berkeadaan cacat, tetapi boleh berfungsi untuk keperluan hidup harian(dengan pertolongan atau tanpa pertolongan alat yang membolehkan orang-orang pekak mendengar).

Cacat Pendengaran (Hearing Impaired)
Istilah am yang digunakan untuk menerangkan semua jenis cacat pendengaran.

Kepekakan Poslingual (Post-Lingual Deafness)
Keadaan kepekakan yang terjadi selepas seseorang itu sudah memehami bahasa (biasanya selepas umur 4 atau 5 tahun).

Kepekakan Pralingual (Prelingual Deafness)
Keadaan pekak ini terjadi sebelum seseorang itu memahami bahasa(biasanya sebelum umur 3tahun). Golongan ini tidak mempunyai asas bahasa yang dapat dirujuk apabila mereka belajar bercakap, menulis atau membaca gerak bibir.

Presbycusia (Presbycusia)
Pekak atau rosak pendengaran yang berlaku kerana umur lanjut.

Tinnitus (Tinnitus)
Berlaku apabila hadir bunyi atau bunyi-bunyi dalam kepala, pada sebelah atau pada kedua-dua belah telinga. Bunyi ini mungkin berlarutan atau dirasakan hadir kadang-kadang sahaja. Tinnitus boleh berlaku akibat daripada pendedahan kepada bunyi yang berlebihan kuatnya, keadaan telinga tengah yang tidak berfungsi dengan baik atau keadaan seluruh badan seperti kekurangan darah (anemia). Terdapat banyak lagi sebab lain yang wujud walaupun kadang-kadang sebabnya tidak nyata.


Monday 12 November 2012

Sejarah Penubuhan Sekolah Pendidikan Khas di Malaysia

Latar Belakang Pendidikan Khas

Sejarah pendidikan khas di Malaysia, dipercayai berkembang secara tidak formal seiring dengan penyebaran  agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu sejak abad ke14. Ia bermula dengan pembinaan sekolah pondok. Sekolah yang pertama untuk kanak-kanak berkeperluan khas telah didikan di Melaka pada tahun 1926 oleh kumpulan Anglikan iaitu sekolah untuk kanak-kanak masalah penglihatan.
berikut adalah sejarah penubuhan sekolah masalah penglihatan, pendengaran dan pembelajaran.

Pendidikan Masalah Penglihatan
Tahun
Keterangan
1926
Penubuhan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh gereja Anglican di Melaka
1931
SRPK St. Nicholas Berpindah ke Pulau Pinang
1948
Penubuhan Sekolah berasrama SRPK Princess Elizabeth di Johor Bahru oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat
1962
Perlaksanaan Rancangan Percantuman(integrasi) bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan disekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih
1963
Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977
Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978
Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983
Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan Setapak
1983
Pengambil alihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah bertaraf penuh
1984
Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
1984
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille


Pendidikan Masalah Pendengaran 
Tahun
Keterangan
1954
Pembukaan kelas pendidikan di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954
Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak Perseketuan( Rendah Dan Menengah ),  Tanjong Bunga, Pilau Pinang.
1963
Pembukaan kelas pendidikan khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran oleh Kementerian Pelajaran di sekolah rendah dan menengah biasa.
1978
Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan
1979
Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh 1984 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh, Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku Pendidikan Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama Islam
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II Bahasa Malaysia Kod Tangan
Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987
Pembukaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam


Pendidikan Masalah Pembelajaran
Tahun
Keterangan
1988
Kelas Perintis untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran telah dimulakan
1995
Program bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan
2004
Program rintis untuk kanak-kanak bermaslah pembelajaran spesifik disleksia.


Program Percantuman
Tahun
Keterangan
1962
Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
dimulakan
1988
Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat bermasalah pembelajaran
1993
Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki), Kuala
Lumpur
1994
Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis di 14 buah sekolah di seluruh negara
1995
Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah dimulakan




Friday 9 November 2012

Definisi Pendidkan Khas

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. kesemua ini menumpukan kearah pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak-kehendak khas. Dari segi praktiknya pendidikan khas merupakan pendidikan secara individu dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-semata untuk menolong kanak-kanak khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan mereka berdikari.

Pendidikan khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatankhas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolahan dan keupayaan murid.

Pendidikan khas juga boleh definisikan sebagai :
 "Special education means education by special methods appropriatre to the reguirements of pupils whose physical, intellectual, emotional or social developments cannot in the ipinion of education authority be adequately promoted by ordinary means"

Murid-murid pendidikan khas ini terdiri daripada mereka yang mengalami
  • kecacatan mental
  • bermasalah pembelajaran 
  • gangguan emosi dan tingkah laku
  • gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa)
  • hilang pendengaran 
  • hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah
  • kecacatan fizikal 
  • pintar cerdas.