Wednesday 28 November 2012

Jenis-jenis kehilangan pendengaran dan puncanya

Bagaimana kita mendengar

Telinga kita terbahagi kepada 3 bahagian. Antaranya ialah

1. Telinga bahagian luar
- bahagian yang dapat kita lihat
- bahagian ini terpisah antara telinga bahagian tengah oleh gegendang telinga
- suara masuk kedalam lubang telinga dan menuju gegendang telinga yang bergerak merespon suara

2. Telinga bahagian tengah.
- terletak dalam sebuah rongga-rongga kecil pada dasar tengkorak.
- terdapat 3 tulang  yang bergerak oleh gegendang telinga untuk merespon gelombang suara.
- ketiga tulang ini membawa getaran ke telinga bahagian dalam.

3. Telinga bahagian dalam.
- selaput telinga mengubah getaran-getaran mekanis yang dibawa oleh tulang dari telinga bahagian tengah untuk dikirim oleh saraf ke otak


 Anatomi telinga


Terdapat 3jenis Masalah Pendengaran

1. Masalah Pendengaran Konduktif
2. Masalah Pendengaran Sensori  Neural
3. Masalah Pendengaran Bercampur.


Masalah Pendengaran Konduktif 
- berlaku akibat wujud dari gangguan/ kerosakan pada bahagian telinga luar dan telinga tengah
- telinga dalam masih berfungsi
- tahap masalah pendengaran dalam kategori biasa (kurang 20dB), ringan (21-45dB) dan sederhana (46-69dB).


Ciri kanak-kanak masalah pendengaran konduktif
- boleh mendengar sebahagian bunyi pertuturan yang orang lain tuturkan.
- mendengar suara mereka sendiri dan suara orang lain melalui tulang (bone conduction)
- menunjukkan perbezaan yang ketara dalam ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara.


Punca masalah pendengaran konduktif
- Halangan di dalam saluran telinga luar akibat daripada pengumpulan tahi telinga(serumin) yang terlalu banyak atau sekatan benda asing.
- Kemalangan yang menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga akibat daripada tekanan yang terlalu kuat seperti bunyi letupan atau jolokan benda tajam atau keras pada gegendang.
- Ketumbuhan tetulang halus (otosklerosis) pada stapes (struktur di bahagian telinga tengah). Kehilangan pendengaran berlaku kerana tulang stapes yang melekat pada jendela bujur tidak dapat bergerak disebabkan berlakunya ketumbuhan tetulang disekelilingnya.


Masalah Pendengaran Sensori Neural
- kerosakan yang berlaku di bahagian telinga dalam dan saraf pendengaran.
- kerosakan yang berlaku pada sensori yang melibatkan koklea atau saraf yang menjadi laluan ke otak

Ciri-ciri kanak-kanak masalah pendengaran sensori neural
- tidak boleh mendengar bunyi pertuturan langsung.- mereka hanya mendengar bunyi-bunyi yang kuat sahaja.
- kerap hasilkan nada suara yang tinggi dan bunyi-bunyi pertuturan yang tidak difahami.
- menunjukkan banyak perbezaan antara ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara.

Punca masalah pendengaran sensori neural
  • Sebelum lahir
- berlaku jangkitan kepada janin semasa lahir
- jangkitan virus atau bakteria cth: ibu menghidap penyakit rubella semasa 3 bulan pertama mengandung.
- jangkitan virus oleh penyakit kelamin seperti herpes simplex, gonorhea dan siplis yang dialami oleh ibu atau bapa.
- kesan pengambilan dadah seperti alkohol, kafein, aspirin, kortison, kuinin dan trankuiliser dan ubat-ubatan tertentu.

  • Semasa lahir
- bayi lahir tidak cukup bulan atau kurang berat lbadan
- bayi mengalami anoksia(kekurangan oksigen)
- bayi menghidap jaundis

  • Selepas kelahiran
- kemalangan teruk yang menyebabkan kerosakan koklea
- meningitis ( demam yang teruk disebabkan oleh selaput yanh meliputi otak dan saraf tunjang,.
- bunyi bising yang sangat kuat dan berterusan.
- pengambilan bahan ototoxic atau bahan beracun seperti streptomycin, neomycin dan kanamycin.
- presbyacusis iaitu kehilangan pendengaran disebabkan faktor ketuaan.
- penyakit Meniere iaitu berlaku disebabkan kesan vertigo( pening yang teruk), tinnitus( bunyi desingan berterusan) dan kesan pendengaran yang terus berkurangan.


Masalah Pendengaran Bercampur
- melibatkan masalah pendengaran konduktif dan masalah pendengaran sensori neural.
- mengalami masalah pendengaran yang sangat teruk dan tergolong sebagai kanak-kanak masalah pendengaran yang menerima pendidikan di sekolah pendidikan khas.


Ciri-ciri kanak-kanak masalah pendengaran
-mengalami kehilangan pendengaran yamg sangat teruk- tidak dapat mendengar bunyi pertuturan biasa.
- hanya dapat mengesan bunyi yang sangat kuat.
- tidak menunjukkan perbezaan yang ketara antara ujian pendengaran melalui tulang dan ujian pendengaran melalui udara.


Punca masalah bercampur
-misalnya masalah otosklerosis yang menjadi punca masalah pendengaran konduktif. Pada awalnya ia menjadi kehilangan pendengaran yang sedikit tetapi ianya boleh menjadi semakin teruk dan akhirnya ia merebak ke bahagian telingan dalam. Akhirnya menyebabkan masalah pendengaran konduktif akan menajadi masalah pendengaran bercampur.

No comments:

Post a Comment