- Pengenalan
Masalah pendengaran adalah melibatkan ketikupayaan untuk mendengar. Masalah pendengaran merupakan satu masalah yang kerap dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Masalah pendengaran ini boleh berlaku oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Oleh itu, pengetahuan mengenai telinga adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai masalah telinga.
- Definisi Masalah Pendengaran
Aspek fisiologi
# Seseorang yang pekak(deaf) mengalami kehilangan pendengaran sebanyak 90dB atau lebih
# Seseorang yang separa pekak(hard of hearing) mengalami pendengaran yang kurang daripada 90dB
Aspek pendidikan
# Seseorang yang pekak tidak berupaya memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran
# Seseorang yang separa pekak yang mempunyai pendengaran sisa yang mencukupi untuk memproses maklumat linguistik dengan atau tanpa alat bantuan pendengaran.
Penyataan berikut memberikan banyak definisi-definisi am untuk membezakan antara istilah cacat pendengaran dengan pekak
Pekak secara kebetulan(Adventitious Deafness)
Sejenis kepekakan yang berlaku pada bila-bila masa dalam hidup mungkin berlaku secara perlahan-lahan atau kehilangan pendengaran secara tiba-tiba.
Hilang pendengaran (Conduction Hearing Loss, Impairment)
Berlaku apabila gelombang bunyi tidak boleh dihantar melalui telinga luar kerana ada sesuatu yang menyekat liang telinga(auditory canal) atau ketiadaan langsung saluran pendengaran(congnital atresia) atau berlaku halangan pada telinga tengah kerana otitis media(kumpulan cairan yang menghalang saluran eustachia). Hilang pendengaran seperti ini selalunya bersifat sementara.
Kepekakan Kongenital (Congenital Deafness)
Istilah am yang digunakan untuk mana-mana faktor yang menyebabkan seseorang itu dilahirkan pekak.
Kurang Pendengaran (Hard of Hearing)
situasi yang berlaku apabila deria dengar berkeadaan cacat, tetapi boleh berfungsi untuk keperluan hidup harian(dengan pertolongan atau tanpa pertolongan alat yang membolehkan orang-orang pekak mendengar).
Cacat Pendengaran (Hearing Impaired)
Istilah am yang digunakan untuk menerangkan semua jenis cacat pendengaran.
Kepekakan Poslingual (Post-Lingual Deafness)
Keadaan kepekakan yang terjadi selepas seseorang itu sudah memehami bahasa (biasanya selepas umur 4 atau 5 tahun).
Kepekakan Pralingual (Prelingual Deafness)
Keadaan pekak ini terjadi sebelum seseorang itu memahami bahasa(biasanya sebelum umur 3tahun). Golongan ini tidak mempunyai asas bahasa yang dapat dirujuk apabila mereka belajar bercakap, menulis atau membaca gerak bibir.
Presbycusia (Presbycusia)
Pekak atau rosak pendengaran yang berlaku kerana umur lanjut.
Tinnitus (Tinnitus)
Berlaku apabila hadir bunyi atau bunyi-bunyi dalam kepala, pada sebelah atau pada kedua-dua belah telinga. Bunyi ini mungkin berlarutan atau dirasakan hadir kadang-kadang sahaja. Tinnitus boleh berlaku akibat daripada pendedahan kepada bunyi yang berlebihan kuatnya, keadaan telinga tengah yang tidak berfungsi dengan baik atau keadaan seluruh badan seperti kekurangan darah (anemia). Terdapat banyak lagi sebab lain yang wujud walaupun kadang-kadang sebabnya tidak nyata.
No comments:
Post a Comment